Aplikasi ini merangkumi modul-modul berikut :
1. Modul Penataran Maklumat
- Medium penyampaian maklumat berkaitan peperiksaan kendalian LP kepada calon peperiksaan, petugas peperiksaan dan orang awam
2. Modul Semakan Keputusan Peperiksaan
- Membolehkan pengguna membuat semakan keputusan peperiksaan awam kendalian LP pada tempoh yang ditetapkan. Sasaran pengguna terdiri daripada calon peperiksaan yang berkaitan
3. Modul Pendaftaran Pengguna
- Pengguna boleh mendaftar dan mengemaskini profil pengguna tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, alamat dan lain-lain maklumat yang diperlukan oleh sistem dan LP. Berdasarkan pilihan peranan yang ditetapkan oleh LP, pengguna boleh menerima maklumat dan akses yang berkaitan.
4. Perkhidmatan Lembaga Peperiksaan
- Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti Permohonan Salinan Keputusan, Permohonan Terjemahan Sijil, Pendaftaran Peperiksaan (Persendirian) dan Permohonan Semak Semula